Sunday, 16 November 2014

KVG | AT | Mabit : Stamina Iman Balik Cuti

Tarikh : 14-15 Nov 2014
Masa : 6.00 pm Jumaat - 2.00 p.m Sabtu
Tempat : Surau Al-Ansar

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Dia yang Maha Pengasih. Yang menggerakkan hati-hati ini untuk terus beramal, menyantuni takungan mad'u yang sedang berkembang di dalam zaman yang penuh fitnah nan mencabar ini. 9 muhib & 3 penggerak (^_^), semua berjalan lancar.

Slot 1 : Remaja besi (Tarbiyyah Dzatiyyah) by Ayat
9.30 pm - "Galah panjang" psychotherapy games.
                Arahan : Setiap kumpulan menulis cabaran2 yang bakal dihadapi semasa cuti atas A4 paper
                               (Input yang diperoleh : Konflik parents, malas, gajet, internet, jalan-jalan, tidur)
                               Lekat kertas2 A4 pada kump lawan.
                               Main galah panjang.
               Ibrah (Input dr peserta) : Berani hadapi cabaran, fikirkan strategi, pilih kawan, pengorbanan.
10.00 pm - Taujihat by ukht Ayat
                   Kandungan : 1) Kepentingan TZ
                                         2) Keistimewaan TZ
                                         3) Kaedah2 TZ
                                         4) Pengaruh TZ
10.30 pm - LDK : Setiap seorang dibekalkan dengan kad Mutabaah Amal Ibadah utk 1 1/2 bulan cuti
               1) Berbincang dalam kumpulan mengenai 5 ibadah/amal yang menjadi target amalan harian
               2) Tukar Kad dan setiap ahli dikehendaki menulis kata2 nasihat/motivasi pada kad trsebut

Slot 2 : Muhasabah syurga by Ayat & Sarah
11.00 pm -Lights off -
                                   puisi ,
                                   video istighfar,
                                   video surah ar-rahman bahagian syurga sahaja,
                                   Hadis-hadis ttg syurga dalam riyadhus solihin

Slot 3 : Apa khabar dunia islam hari ini? By Asifah
6.30 am - Nasional : Isu transgender di Mahkamah yg mendapat kelulusan.
                Interasional : 2 pemuda syahid di palestin

                Uslub : Wawancara & lakonan


Riadhah ( Video PKS Nusantara )
7.00 am

Risalah Ad-Dhuha 
8.30 am - Nabilah husna (muhib)

Slot 4 :  Permata ayah bonda by Ukht Sarah
9.00 am

Slot 5 : Risalah pemuda by Ukht Asifah
10.00 am - Kandungan : 1) Keistimewaan masa muda
                                        2) Teladan peribadi tokoh2 pemuda yang mengubah dunia.
                                        3) Ciri-ciri pemuda cemerlang (Luas wawasan, berbakti)

Resolusi & muhasabah
11.0 am

Gotong-royong
12.00 pm :










Muhasabah :

1) Prog yang asalnya "Mukhayyam Dakhili" tetapi ditukar kepad Mabit setelah mendapati kehadiran hanya di kalangan muhib & jumlahnya sedikit. Belum berjaya menembus pasaran kawasan persekitaran Al-Ansar hatta di kalangan pakcik makcik Ikhwah akhowat (atau mungkin semua Ikhwah & Akhawat tiada anak2 remaja mengakibatkan tiada respon?).

Isu yang besar. Apakah disebabkan promosi yang kurang gempaq?

Peserta yang hadir adalah dalam kalangan mereka yang telahpun ada "ikatan hati" dengan para penggerak dan hadir kerana keterikatan & rasa yang ada ..

Hakikatnya, perlu lebih banyak menyantuni / muayyasyah remaja yang menjadi target (kwsn flat surau ansar & anak2 ikhwah akhowat if ada).. Then how to make it happen???

.... Moga dakwah di KVG terus subur...

Friday, 7 November 2014

KVG | AA # 9 | Ghazwatul Fikr

Tarikh : 6 Nov 2014
Masa : 8.45 p.m - 10.30 p.m
Tempat : Surau Al-Hidayah KVG

Penyampai : Akh Mohamad Hafizi Din
Mc : Azman

Kandungan penyampaian :
-Definisi
-Sejarah
-Kaedah-kaedah GF
-Kesan GF
-Cara mengatasi/menghadapinya

Kehadiran > 200 orang pelajar lelaki & perempuan






Friday, 17 October 2014

KVG | RA # 7 | Teens Talk : Shyyyy .... Rahsia Kejayaan

Tarikh : 10 Oktober 2014
Tempat : Surau Al-Hidayah, KVG
Masa : 9.00 pm - 10.30 pm


Objektif :
1. Menghayati kepentingan bersungguh-sungguh (ihsan, itqan) dalam belajar
2. Mengetahui tujuan dan hala tuju dalam kehidupan.
3. Meneladani sahabat yg berkaitan dengan bidang (Zaid b. Haritsah, Abdur Rahman Bin Auf)
4. Melahirkan rasa izzah dalam bidang mereka dan mahu perform the best.

Uslub : Forum

Soalan :
1. Apakah definisi kejayaan seorang mukmin?
2. Kongsikan keteladanan sahabat dalam bidang kesetiausahaan
3. Kongsikan keteladanan sahabat dalam pemasaran, business n akaun
4. Apakah yang dimaksudkan dengan bersungguh-sungguh dan kongsikan ganjarannya.
5. Kenapa umat Islam harus cemerlang?
6. Secara ringkas, rumuskan apa yang dibincangkan.


2 boys "malu-malu" nak join jugak prog ni.. Ikhwah (if u read this), lets join the team utk menyantuni hati-hati yang dahagakan nilai Islam...








Penggerak :

PM & Moderator : Asifah
Panelis : Herna & Syafiqah
Prep n Tech : Fatihah
Camera & multimedia : Aisyah, Huda
Ajk tolong2 muhib- Nabilah Husna, Syahidah, Aisyah, Fatin Amira, Fatin Liyana

Kehadiran : 30 orang (18 org muhib, 12 RA)

Post-mortem :
1. Dah boleh tauzhifkan muhib utk laksanakan prog RA next year. They are ready!
2. Boleh assign boys utk tolong handle supper (supaya mrk yang hadir tak terlepas supper)
3. Pelbagaikan uslub prog RA.
4. Buat borang muhasabah..
5. Tak ramai RA datang. Kena carik wasilah lain utk sampaikan fikrah Islam. Related to physical activity kot.

Sunday, 21 September 2014

KVG | RA # 6 | Teens Talk : Jiwa Merdeka

Tarikh : 20 Sept 2014 (Setelah ditunda 2 minggu)
Tempat : Surau Al-Hidayah, KVG
Masa : 9pm - 10.30 pm


Objektif :
1- Mengetahui makna ilah
2- Menghayati erti penghambaan kepada Allah

Penggerak :
Muwajih - Ayat
Mc - Asifah
LDK - Sarah




Aktiviti : Green Button

Peserta (20 muhib & RA) dikehendaki menyenaraikan 3 ilah (selain Allah) yang dominan dalam diri. 


Hasil :

Tema ilah-ilah selain Allah mengikut frekuensi tertinggi :

1. Hiburan & media (k-pop, FB, Instagram, Internet etc)
2. Couple (cinta, suka dengan orang, kekasih etc)
3. Material / shopping (Fesyen, pakaian etc)
4. Akademik (assignment, kerja etc - sehingga enggan hadir ke majlis2 ilmu agama)

Soalan LDK : Apakah solusi kepada isu di atas??


MAU | AA # 1 | Kem Hafazan Cuti Sekolah

Tarikh : 18-20 September 2014 (Khamis - Sabtu)
Masa : 8.00 am - 12.30 pm
Tempat : Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak
Anjuran : JK Wanita, IKRAMTeens, IKRAMJr Daerah Setiawangsa











:-P

Report tak berapa rajin.
Gambar je.
Sekian

Tuesday, 26 August 2014

KVG | AA # 9 | SisTaz : Pengurusan masa

Tarikh : 22 Ogos 2014 Masa : 1 Pm Tempat : Surau KVG Aktivis : Mc - Sarah pic Games - Asifah Teknikal - Fatihah Muwajih - Ayat Games : "Pukul berapa, bidadari syurga?" Kaedah - 1) Minta 6 volunteers ke hadapan 2) Participants yang duduk perlu bertanya "Pukul berapa, bidadari syurga?" kepada pic games (Asifah) 3) Pic games akan menjawab contohnya "Pukul 5 pm" 4) 7 Volunteers di hadapan perlu melakonkan aktiviti/pekerjaan yang dilakukan pada waktu tersebut (5pm).
Post-mortem : 1) Bising. Mungkin it's time to focus more to RAs than AAs. Withold jap prog AA 2) Perlu rancang prog RA once in 2 weeks utk jaga iman mereka secara mass. Most probably Khamis mlm.

Monday, 25 August 2014

KVG | AT | Liqo Halaqah

Alhamdulillah, Liqo' halaqah pertama bermula 19 Ogos 2014 3 Halaqah (3 murobbi) Jom terus MEMBINA!!!

Friday, 25 July 2014

KVG | AmalTajmik | TeensTalk : Islam Fitrahku

Masa : 24 Julai 2014
Tempat : Surau KVG
Masa : 5.30 pm - 6.45 pm

Penggerak :
Mc-Syafiqah
Muwajih - Ayat
SpeTa - Asifah

Objektif :
1) Mengetahui Islam deenul fitrah (Kognitif)
2) Merasai kerugian umat tanpa Islam (Afektif)
3) Merasai kepentingan tarbiyyah (Afektif)

Tentatif :

5.20pm Pembukaan
5.22pm Tilawah Surah Al-Anfal : 24-25
5.30pm Aktiviti bedah akhbar
6.00pm Taujih
6.45pm Bersurai


Aktiviti bedah akhbar :
Objektif - Menyedari keruntuhan moral masyarakat dan hilangnya kerukunan rumahtangga.

Kaedah -
1) Bahagi kepada 3 kumpulan
2) Lantik seorang ketua.
3) Merujuk petikan surat khabar yang diberikan :
  -Bayangkan jika kes berkenaan berlaku pada keluarga terdekat anda.
  -Bincangkan punca masalah
  -Cadangkan tindakan yang sewajarnya diambil.
4) Bentang






Selesai slot taujihat, borang untuk mengikuti tarbiyyah diedarkan.
18 yang mengisi borang.
11 orang yang komited hadir program RA.
Cdgn : Hanya tajmik 11 orang ke muhib. Yang lain masih dikekalkan di RA dan dipantau dari semasa ke semasa melalui prog RA berkala.


Wednesday, 23 July 2014

KVG | RA # 5 | Teens Talk : Berta'aruf dengan syaitan?

Tarikh : 22 Julai 2014
Tempat : Tingkat atas surau KVG
Masa : 5.15pm - 6.35pm

Ahdaf :
1) Mengenali syaitan yang bakal ditemui dengan berakhirnya Ramadhan (Kognitif).
2) Merasai kepentingan ilmu Islam / tarbiyyah sebagai perisai dalam menghadapi ujian daripada syaitan (Afektif).

Penggerak :
Mc- Asifah
Pic xtvt - Sarah
Muwajih - Ayat

Kehadiran : 14 orang

5.15pm- Pembukaan
5.20pm- Tilawah Al-Isra' 61-65
5.25pm- Aktiviti "Guessing games" + Ibrah
6.00pm- Slot pengisian "Langkah-langkah syaitan"
6.35pm- Bersurai

Aktiviti "Guessing games"

Ahdaf (Lebih kepada afektif) :
1) Merasa rugi jika tidak mengenali syaitan.
2) Merasa benci dengan bisikan/hasutan syaitan dan mengambilnya sebagai musuh.

Kaedah
1) Bahagi kepada 2 kumpulan (mengikut bilangan kehadiran)
2) Pilih ketua bagi setiap kumpulan.
3) Lantik 2 orang daripada setiap kumpulan untuk diberikan tugas khas.
4) Tugas khas (rahsia) 2 orang tersebut adalah untuk mengelirukan teman-teman yang lain.
5) REGU - Fasi akan menunjukkan 1 perkataan kepada ketua. Ketua perlu menggayakan perkataan tersebut tanpa bersuara. Pada masa yang sama, 2 orang yang berperanan "mengelirukan" akan menggayakan juga tetapi memberikan informasi yang salah.






Post mortem :

1) Selama beramal di KVG, tak pernah dptkan feedback / distribute borang muhasabah pada adik-adik. Next prog perlu distribute.
2) Mcm takde quwwatut  taksir.. Aktivis perlu baiki hubungan dengan Allah dan perkemas tarbiyyah dzatiyyah.
3) Adik-adik sukar bagi pendapat (mungkin kerana kurang ilmu, kebanyakannya nampak tak yakin untuk  bersuara). Next time boleh edar kertas atau minta mereka catat pandangan etc.

Thursday, 17 July 2014

KVG | RA # 4 | TeensTalk : Taubat

Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 5.00-6.45 pm
Tempat : Level 1 Surau KVG

Objektif :
1) Mengetahui dalil-dalil taubat & istighfar (Kognitif)
2) Merasai kehambaan diri, kepemurahan Allah dan keperluan untuk bertaubat (Afektif)

Penggerak :
Mc & Teknikal - Ayat
Muwajih - Sarah

Kehadiran : 25 orang

Uslub :
Powerpoint (IPT modul)
Video (Puisi Surat dari Sang Pencipta, Taubat-opick, Mengemis kasih-Nazrey Johani, Harapan Ramadhan & dzikir Rabbal Baraya..)






Post-mortem :

1) Kurang persediaan- terpaksa guna slides versi CFSIIUMPJ. Kurang sesuai sebab level tinggi. Audiences hilang fokus
2) Perlu asah skill handle slot muhasabah.

Wednesday, 16 July 2014

KVG | RA # 3 | TeensTalk : Memburu permata Ramadhan

Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 5.10-6.30 pm
Tempat : Surau di KVG

Penggerak :
Mc - Ayat
Fasi - Asifah, Sarah, Aisyah

Kehadiran peserta : 31 orang

Uslub : Games + ibrah




Check point 1 : Teka silangkata bertemakan "AlQuran"

Objektif :
- Membiasakan peserta membelek Al-Quran
- Membangkitkan rasa kesedaran untuk memeliliki mushaf al-Quran & terjemahan


Ibrah :
1) Pentingnya memahami apa yang dibaca dalam Al-Quran. 2) Membangkitkan kemahuan mad'u untuk memiliki 1 Al-Quran & terjemahan.


Check point 2 : Snake & Ladder Ramadhan

Objektif :
1) Merasai kerugian dalam meninggalkan ibadah di bulan Ramadhan.
2) Merasai manisnya beramal sehingga boleh membantu mencapai martabat taqwa.

Ibrah :
1) Dosa/maksiat akan menghambat "peserta" ramadhan dalam meraih Taqwa
2) Ibadah / amalan dalam bulan ramadhan boleh melajukan hamba meraih taqwa.





Check point 3 : Perang Badar

Objektif :
1) Cakna isu umat
2) Memaknai muwasofat ahli Badr dalam dalam menghadapi ujian



Check point 4 : Jigsaw Puzzle

3 pakej - Pakej Wudhu (5 Markah)
             - Pakej Solat sunat (10 Markah)
             - Pakej Lailatul Qadr (15 Markah)

Objektif
- Mengetahui dalil-dalil amalan yang diutamakan dalam bulan Ramadhan (Kognitif)
- Merasai perlunya pengorbanan bagi mendapatkan sesuatu yang bernilai. Sesuatu yang tinggi nilainya perlukan pengorbanan yang lebih di samping kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi. (Afektif)

***

Post mortem 
1) Suasana bising selepas 6pm, hilang fokus adik-adik
2) Kurang ruhi
3) Masa lari sebab tak cukup fasi untuk berperanan menjaga masa. 

Cadangan penambahbaikan
1) Pastikan kandungan program 50% taujihat dan 50% aktiviti. Dan bukan berat sebelah. 
2) Banyakkan mentazkiyah hati-hati manusia. 
3) Ramaikan fasilitator (once off punya pun jadilah.)