Friday, 25 July 2014

KVG | AmalTajmik | TeensTalk : Islam Fitrahku

Masa : 24 Julai 2014
Tempat : Surau KVG
Masa : 5.30 pm - 6.45 pm

Penggerak :
Mc-Syafiqah
Muwajih - Ayat
SpeTa - Asifah

Objektif :
1) Mengetahui Islam deenul fitrah (Kognitif)
2) Merasai kerugian umat tanpa Islam (Afektif)
3) Merasai kepentingan tarbiyyah (Afektif)

Tentatif :

5.20pm Pembukaan
5.22pm Tilawah Surah Al-Anfal : 24-25
5.30pm Aktiviti bedah akhbar
6.00pm Taujih
6.45pm Bersurai


Aktiviti bedah akhbar :
Objektif - Menyedari keruntuhan moral masyarakat dan hilangnya kerukunan rumahtangga.

Kaedah -
1) Bahagi kepada 3 kumpulan
2) Lantik seorang ketua.
3) Merujuk petikan surat khabar yang diberikan :
  -Bayangkan jika kes berkenaan berlaku pada keluarga terdekat anda.
  -Bincangkan punca masalah
  -Cadangkan tindakan yang sewajarnya diambil.
4) Bentang






Selesai slot taujihat, borang untuk mengikuti tarbiyyah diedarkan.
18 yang mengisi borang.
11 orang yang komited hadir program RA.
Cdgn : Hanya tajmik 11 orang ke muhib. Yang lain masih dikekalkan di RA dan dipantau dari semasa ke semasa melalui prog RA berkala.


Wednesday, 23 July 2014

KVG | RA # 5 | Teens Talk : Berta'aruf dengan syaitan?

Tarikh : 22 Julai 2014
Tempat : Tingkat atas surau KVG
Masa : 5.15pm - 6.35pm

Ahdaf :
1) Mengenali syaitan yang bakal ditemui dengan berakhirnya Ramadhan (Kognitif).
2) Merasai kepentingan ilmu Islam / tarbiyyah sebagai perisai dalam menghadapi ujian daripada syaitan (Afektif).

Penggerak :
Mc- Asifah
Pic xtvt - Sarah
Muwajih - Ayat

Kehadiran : 14 orang

5.15pm- Pembukaan
5.20pm- Tilawah Al-Isra' 61-65
5.25pm- Aktiviti "Guessing games" + Ibrah
6.00pm- Slot pengisian "Langkah-langkah syaitan"
6.35pm- Bersurai

Aktiviti "Guessing games"

Ahdaf (Lebih kepada afektif) :
1) Merasa rugi jika tidak mengenali syaitan.
2) Merasa benci dengan bisikan/hasutan syaitan dan mengambilnya sebagai musuh.

Kaedah
1) Bahagi kepada 2 kumpulan (mengikut bilangan kehadiran)
2) Pilih ketua bagi setiap kumpulan.
3) Lantik 2 orang daripada setiap kumpulan untuk diberikan tugas khas.
4) Tugas khas (rahsia) 2 orang tersebut adalah untuk mengelirukan teman-teman yang lain.
5) REGU - Fasi akan menunjukkan 1 perkataan kepada ketua. Ketua perlu menggayakan perkataan tersebut tanpa bersuara. Pada masa yang sama, 2 orang yang berperanan "mengelirukan" akan menggayakan juga tetapi memberikan informasi yang salah.






Post mortem :

1) Selama beramal di KVG, tak pernah dptkan feedback / distribute borang muhasabah pada adik-adik. Next prog perlu distribute.
2) Mcm takde quwwatut  taksir.. Aktivis perlu baiki hubungan dengan Allah dan perkemas tarbiyyah dzatiyyah.
3) Adik-adik sukar bagi pendapat (mungkin kerana kurang ilmu, kebanyakannya nampak tak yakin untuk  bersuara). Next time boleh edar kertas atau minta mereka catat pandangan etc.

Thursday, 17 July 2014

KVG | RA # 4 | TeensTalk : Taubat

Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 5.00-6.45 pm
Tempat : Level 1 Surau KVG

Objektif :
1) Mengetahui dalil-dalil taubat & istighfar (Kognitif)
2) Merasai kehambaan diri, kepemurahan Allah dan keperluan untuk bertaubat (Afektif)

Penggerak :
Mc & Teknikal - Ayat
Muwajih - Sarah

Kehadiran : 25 orang

Uslub :
Powerpoint (IPT modul)
Video (Puisi Surat dari Sang Pencipta, Taubat-opick, Mengemis kasih-Nazrey Johani, Harapan Ramadhan & dzikir Rabbal Baraya..)






Post-mortem :

1) Kurang persediaan- terpaksa guna slides versi CFSIIUMPJ. Kurang sesuai sebab level tinggi. Audiences hilang fokus
2) Perlu asah skill handle slot muhasabah.

Wednesday, 16 July 2014

KVG | RA # 3 | TeensTalk : Memburu permata Ramadhan

Tarikh : 17 Julai 2014
Masa : 5.10-6.30 pm
Tempat : Surau di KVG

Penggerak :
Mc - Ayat
Fasi - Asifah, Sarah, Aisyah

Kehadiran peserta : 31 orang

Uslub : Games + ibrah




Check point 1 : Teka silangkata bertemakan "AlQuran"

Objektif :
- Membiasakan peserta membelek Al-Quran
- Membangkitkan rasa kesedaran untuk memeliliki mushaf al-Quran & terjemahan


Ibrah :
1) Pentingnya memahami apa yang dibaca dalam Al-Quran. 2) Membangkitkan kemahuan mad'u untuk memiliki 1 Al-Quran & terjemahan.


Check point 2 : Snake & Ladder Ramadhan

Objektif :
1) Merasai kerugian dalam meninggalkan ibadah di bulan Ramadhan.
2) Merasai manisnya beramal sehingga boleh membantu mencapai martabat taqwa.

Ibrah :
1) Dosa/maksiat akan menghambat "peserta" ramadhan dalam meraih Taqwa
2) Ibadah / amalan dalam bulan ramadhan boleh melajukan hamba meraih taqwa.





Check point 3 : Perang Badar

Objektif :
1) Cakna isu umat
2) Memaknai muwasofat ahli Badr dalam dalam menghadapi ujian



Check point 4 : Jigsaw Puzzle

3 pakej - Pakej Wudhu (5 Markah)
             - Pakej Solat sunat (10 Markah)
             - Pakej Lailatul Qadr (15 Markah)

Objektif
- Mengetahui dalil-dalil amalan yang diutamakan dalam bulan Ramadhan (Kognitif)
- Merasai perlunya pengorbanan bagi mendapatkan sesuatu yang bernilai. Sesuatu yang tinggi nilainya perlukan pengorbanan yang lebih di samping kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi. (Afektif)

***

Post mortem 
1) Suasana bising selepas 6pm, hilang fokus adik-adik
2) Kurang ruhi
3) Masa lari sebab tak cukup fasi untuk berperanan menjaga masa. 

Cadangan penambahbaikan
1) Pastikan kandungan program 50% taujihat dan 50% aktiviti. Dan bukan berat sebelah. 
2) Banyakkan mentazkiyah hati-hati manusia. 
3) Ramaikan fasilitator (once off punya pun jadilah.)

Friday, 11 July 2014

KVG | RA # 2 | TeensTalk : Mahabbatullah

Tarikh : 10 July 2014
Masa : 5.00 pm-6.30 pm
Tempat : Surau KVG

Penggerak :
Mc - Asifah
Teknikal - Sarah
Muwajih - Ayat
Fasi - Semua

5.20-5.40 pm Pembukaan, pengenalan Palestin & tayangan video nasyid "merah saga"
5.40 - 5.50 pm Aktiviti "Palestinian walk"
5.50-6.10 pm Ibrah aktiviti
6.10-6.20 pm Tayangan video "Forgive me when I whine" Ahmad Bukhatir
6.20-6.35 pm Short tazkirah

Modul : Palestinian walk
Objektif
- Menyelami rasa saudara-saudara di Palestin
- Mensyukuri nikmat pancaindera yang dianugerahi Allah bagi mewujudkan rasa cinta pada-Nya

Bahagikan kpd 3 kump
Persediaan tempat : perlu ada satu starting point dan sat ending point. Di antara each point, tabur dengan cebisan kertas (simbolik bom)

Kump 1 (Nikmat mata)
1. Lantik ketua (berdiri di end point)
2. Tutup mata ahli lain
3. Ahli perlu menyeberangi jalan tanpa terpijak kertas dengan bantuan arahan ketua. Jika terpijak, syahid.

Kump 2 (Nikmat bergerak)
1. Pairing
2. Setiap ahli ditempangkan sebelah kaki. Perlu menyeberangi jalan tanpa terpijak kertas

Kump 3 (Nikmat pendengaran)
1. Lantik ketua
2. Ahli perlu menyeberangi jalan dengan jalan terbalik (badan membelakang) berpandukan arahan ketua.
3. Ketua tidak dibenarkan bercakap. Hanya boleh bagi isyarat.






Post-mortem

1. Masa sejam tak cukup. 11/2 jam ok
2. Games utk kump 2 (nikmat bergerak) senang sangat. Perlu adjust
3. Fasi perlu serius untuk menimbulkan suasana "Palestin" ketika mengendalikan games. Asifah did a good work sampai ada yang menangis merasakan apa yang dilalui di Palestin.