Tarikh : 22 Julai 2014
Tempat : Tingkat atas surau KVG
Masa : 5.15pm - 6.35pm
Ahdaf :
1) Mengenali syaitan yang bakal ditemui dengan berakhirnya Ramadhan (Kognitif).
2) Merasai kepentingan ilmu Islam / tarbiyyah sebagai perisai dalam menghadapi ujian daripada syaitan (Afektif).
Penggerak :
Mc- Asifah
Pic xtvt - Sarah
Muwajih - Ayat
Kehadiran : 14 orang
5.15pm- Pembukaan
5.20pm- Tilawah Al-Isra' 61-65
5.25pm- Aktiviti "Guessing games" + Ibrah
6.00pm- Slot pengisian "Langkah-langkah syaitan"
6.35pm- Bersurai
Aktiviti "Guessing games"
Ahdaf (Lebih kepada afektif) :
1) Merasa rugi jika tidak mengenali syaitan.
2) Merasa benci dengan bisikan/hasutan syaitan dan mengambilnya sebagai musuh.
Kaedah
1) Bahagi kepada 2 kumpulan (mengikut bilangan kehadiran)
2) Pilih ketua bagi setiap kumpulan.
3) Lantik 2 orang daripada setiap kumpulan untuk diberikan tugas khas.
4) Tugas khas (rahsia) 2 orang tersebut adalah untuk mengelirukan teman-teman yang lain.
5) REGU - Fasi akan menunjukkan 1 perkataan kepada ketua. Ketua perlu menggayakan perkataan tersebut tanpa bersuara. Pada masa yang sama, 2 orang yang berperanan "mengelirukan" akan menggayakan juga tetapi memberikan informasi yang salah.
Post mortem :
1) Selama beramal di KVG, tak pernah dptkan feedback / distribute borang muhasabah pada adik-adik. Next prog perlu distribute.
2) Mcm takde quwwatut taksir.. Aktivis perlu baiki hubungan dengan Allah dan perkemas tarbiyyah dzatiyyah.
3) Adik-adik sukar bagi pendapat (mungkin kerana kurang ilmu, kebanyakannya nampak tak yakin untuk bersuara). Next time boleh edar kertas atau minta mereka catat pandangan etc.